Cute Bow Tie Hearts Blinking Pink Pointer
Assalamualaikum

Jika kamu menghadapi dunia dengan jiwa yang lapang, kamu akan dapati duka yang semakin mengecil dan menyempit


Sistem Penilaian Baru Perlu Ganti UPSR, PMR
24 Jun 2010 -BH


BAYANGAN Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pelajaran untuk memansuhkan peperiksaan UPSR dan PMR sebagai satu usaha holistik dan mengintegrasikan kembali pendidikan negara yang dilihat terlalu berorientasi peperiksaan harus diteliti dengan sebaiknya.

Pada satu sisi, tindakan itu mampu mengurangkan tekanan terhadap guru dan pelajar daripada terus dibebani dengan peperiksaan awam terbabit.

Bebanan ini menjadi sebab utama tidak berlakunya pendidikan yang efektif dan berkesan di dalam kelas ekoran kecenderungan mereka untuk hanya menumpu kepada teknik menjawab dan soalan yang berkemungkinan akan keluar dalam peperiksaan.

Justeru, ia secara tidak langsung akan memberi ruang lebih luas untuk proses pembelajaran yang ‘holistik dan integral’ dalam sesuatu subjek yang mampu menyokong pembentukan minda kritis di kalangan pelajar selaras dengan matlamat dan harapan kerajaan seperti digariskan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10).

Bagaimanapun, pihak Kementerian Pelajaran harus segera memperkenalkan sistem penilaian baru yang tepat dan menyeluruh bagi menggantikan sistem penilaian UPSR dan PMR.

Hal ini bagi memastikan proses pembelajaran di sekolah akan dapat terus dipandu dan dipantau dengan sebaiknya. Kegagalan memperkenalkan sistem penilaian baru akan hanya membuka lebih banyak kerosakan dan kegagalan berbanding kebaikan.

Bagi memperkukuh usaha murni itu, penilaian semula sukatan pelajaran harus juga digerakkan agar transformasi pendidikan sebenar dapat direalisasikan dengan jayanya.
Semua elemen yang ada dalam Falsafah Pendidikan Negara dan keperluan semasa selaras dengan perubahan zaman harus diterjemahkan secara langsung dalam sukatan pendidikan kebangsaan agar lebih kukuh dan berdaya saing.

Dengan matlamat murni, sukatan berkesan dan menyeluruh serta penilaian tepat, maka proses membangun insan glokal seperti yang diimpikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagai memacu Wawasan 2020 akan menjadi kenyataan.


ABU QASSIM NOR AZMI,
Naib Presiden Persatuan
Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).
  • Moon Phase

    229250skrgjfpbac.gif
    CINTA MADINAH

    Kembali kita berjauhan
    Salam terpisah
    Senyum tertahan
    Rindu berbuah
    Sayangnya merendang

    Jauh begini hati teruji
    Cinta Madinah dalam lembayung
    Dalam terlarang
    Tersinar yang agung
    Bertopang cinta padamu
    nabi

    Di bumi Madinah
    Menjadi saksi
    Cinta Madinah mekar berseri
    Sinaran malar terik mentari
    Dijurai dingin malam
    Terukir setiamu

    Kunjungan rindu
    Mengatur alam rindu
    Cinta Madinah menyebar harum
    Menyebar semarak dalam kasih yang subur
    Semarak dalam kasih C
    inta Madinah

    Bloglist
    Ya Robbana...
    Perjalanan ini jauh,
    Terkadang tersungkur,
    Sendiri sendirian.
    Ya Robbana...
    Perjalanan ini penuh mehnah,
    Terkadang terlupa,
    Melupakan.
    Ya Robbana...
    Begitu indah dunia~Mu,
    Terkadang tidak tahu mana harus dituju.
    Dalam gelak, tawa, sorak,
    Kehilangan mencari~Mu.
    Ya Robbana...
    Takdir~Mu yang satu,
    Dalam redha dan harap,
    Kuberserah hanya kepada~Mu,
    Allahu Robbi.
    ~CikguHas~
    Madinah
    2009


  • Hiking
    Blog Archieve