Cute Bow Tie Hearts Blinking Pink Pointer
Assalamualaikum

Jika kamu menghadapi dunia dengan jiwa yang lapang, kamu akan dapati duka yang semakin mengecil dan menyempit


Hukuman Agresif Guru Galak Kejadian Buli
KUALA LUMPUR: Tindakan guru menggunakan hukuman agresif terhadap pelajar yang melakukan kesalahan didapati menjadi ikutan golongan muda itu membuli rakan di sekolah dengan perbuatan ganas seumpamanya.

Bercakap ketika dihubungi di sini, semalam, Profesor Adjung di Fakulti Sains Tingkah Laku, Kolej Universiti HELP, Prof Datin Dr Noran Fauziah Yaakub, berkata biarpun hasil kajian terbaru itu diperoleh daripada penyelidikan di luar negara, tetapi ia tidak mustahil faktor berkenaan turut menyumbang kepada gejala buli oleh pelajar di sekolah negara ini.

Bekas Dekan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan berpengalaman luas melakukan kajian intensif tingkah laku buli di kalangan pelajar berkata, tindakan guru sedemikian memberi persepsi atau tafsiran salah oleh pelajar bahawa seseorang yang berkuasa atau lebih tua boleh bertindak agresif terhadap yang lebih muda atau lemah.

Beliau mengulas kejadian seorang pelajar Tingkatan Empat Maktab Tentera Diraja (MTD), Mohammad Naim Mustaqim Mohd Sobri, 16, mati di Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) Kem Sungai Besi di sini, awal pagi kelmarin, dipercayai akibat dibuli dan didera sekumpulan pelajar senior di asrama maktab itu.






Sementara itu, Pengarah Pusat Kokurikulum Universiti Putra Malaysia, Prof Madya Dr Mohammad Shatar Sabran, berkata lambakan permainan aksi ganas melalui teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ketika ini mempengaruhi psikologi serta tingkah laku pelajar.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, pula berkata Kementerian Pelajaran sedia berkongsi pandangan serta pengalaman menangani masalah buli di sekolah berasrama penuh (SBP) sekiranya diminta oleh agensi yang menguruskan MTD.

“Kementerian juga sentiasa mengingatkan mana-mana pelajar yang menjadi mangsa buli supaya berani tampil untuk melaporkannya dan jangan membiarkan perbuatan itu berlarutan,” katanya.

  • Moon Phase

    229250skrgjfpbac.gif
    CINTA MADINAH

    Kembali kita berjauhan
    Salam terpisah
    Senyum tertahan
    Rindu berbuah
    Sayangnya merendang

    Jauh begini hati teruji
    Cinta Madinah dalam lembayung
    Dalam terlarang
    Tersinar yang agung
    Bertopang cinta padamu
    nabi

    Di bumi Madinah
    Menjadi saksi
    Cinta Madinah mekar berseri
    Sinaran malar terik mentari
    Dijurai dingin malam
    Terukir setiamu

    Kunjungan rindu
    Mengatur alam rindu
    Cinta Madinah menyebar harum
    Menyebar semarak dalam kasih yang subur
    Semarak dalam kasih C
    inta Madinah

    Bloglist
    Ya Robbana...
    Perjalanan ini jauh,
    Terkadang tersungkur,
    Sendiri sendirian.
    Ya Robbana...
    Perjalanan ini penuh mehnah,
    Terkadang terlupa,
    Melupakan.
    Ya Robbana...
    Begitu indah dunia~Mu,
    Terkadang tidak tahu mana harus dituju.
    Dalam gelak, tawa, sorak,
    Kehilangan mencari~Mu.
    Ya Robbana...
    Takdir~Mu yang satu,
    Dalam redha dan harap,
    Kuberserah hanya kepada~Mu,
    Allahu Robbi.
    ~CikguHas~
    Madinah
    2009


  • Hiking
    Blog Archieve