SEMASA menuntut ilmu di universiti, tidak pernah terlibat dengan aktiviti outdoor (kerana tiada kawan) walaupun pernah mendaftar dengan Rakan Muda UPM dan Pengakap Kelanasiswa. Akhirnya, mengabdikan 2 semester di universiti dengan Persatuan Kepimpinan Pelajar UPM. Seronok juga kenal kawan baru yang rata-ratanya dari course horticultur Fakulti Pertanian.
SEKARANG, gunung lebih seronok dari segalanya... (^_^) Satu kepuasan sebenarnya bila berada atas puncak gunung yang tinggi. Tiada satu pertolonganpun yang akan kamu dapati selain kebergantungan hanyalah kepada Allah. Keseorangan, dan yang ada hanyalah Allah. Untuk beginner pendaki, rasanya Broga Hills yang terletak di Semenyih merupakan tempat terbaik.
"Berapa kali hendak daki Broga?" Pertanyaan dari ayah.
Hehehe. Mengertilah ayah... tidur atas batu di puncak Broga sangat awesome!
Untung mendaki area 11.00 pagi... kos parkir RM 2.00 percuma.
Trek Broga. Menghampiri ke puncak pertama.
Puncak kedua Broga
Puncak ketiga. Papan tanda mangsa vandalisme ini membuktikan anda telahpun berjaya menawan Broga Hills, Semenyih.
Sempena #merdeka55, puncak Broga dihiasi Jalur Gemilang.
kan... sandle lagi senang. Tapi jangan ikut la tabiat ni.
PERSOALAN untuk difikirkan, adakah kita si pendaki sudah kehilangan moral hingga sanggup mencurah segala isi hati pada alam yang banyak memberi...
sungguh tidak cantik .
sungguh tidak cantik .
|
SEDIKIT nukilan ekspedisi mendaki Gunung Tok Wan, jiran kepada Bukit Broga yang terletak di Semenyih. Maksudnya, anda perlu mendaki Broga dahulu, baru berjumpa dengan Tok Wan. Okay, semangat kena kuat!
|




















