



Ahad 24 Julai 2011 - Mencuri masa mengemas bilik guru dengan anak murid selepas kelas tambahan ~~
Terima kasihlah wahai muridku.. Mudah-mudahan berkat pertolongan dapatlah menjawab peperiksaan sebaiknya.. 
.::Cikgu Has::.
وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَلَلدَّارُ الآخِرَةُ خَيْرٌ لِّلَّذِينَ يَتَّقُونَ أَفَلاَ تَعْقِلُونَ
“Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Tidakkah kamu mengerti?
[al-Anam: 32]What is the life of this world but play and amusement? But best is the Home in the Hereafter, for those who are righteous. Will ye not then understand?
[QS, 6:32]

Kadangkala, akibat terlalu menahan marah, air mata ini tidak tertahan-tahan lagi, Tuhan...

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w. "Berwasiatlah kepadaku."
Lalu Nabi s.a.w menjawab:
“Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah.”
Lalu Nabi s.a.w menjawab:
“Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah.”
Orang itu mengulangi permintaan beberapa kali, Nabi s.a.w menjawab:“Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah.”
[Hadith Bukhari]
Adakah janji Allah itu benar?
Tolong yakinkan saya...
Kadangkala, kerana terlalu lama, kehilangan arah
Tidak tahu jalan mana yang harus ditujui
Tidak tahu apa yang harus dipilih.
Meninggalkan semuanya sejak dahulu lagi
Sejak mula merasakan bahawa kematian itu begitu dekat
Mencari Tuhan
Bersusah-payah mencari
Memilih jalan sendiri; sendirian
Benar dan bahkan benar, jalan itu begitu pahit ya Tuhan
Tetapi tidak sedikitpun berasa sedih
Dan tiada sebab untuk berpatah balik.
Tiada sebab langsung.
Dunia Allah ini begitu indah, kan teman?
Jika boleh, mahu menyayangi dan memiliki semuanya
Semua cinta
Tapi bila mengingatkan kepada sebuah pengakhiran
Saya menghentikan langkah
Dan mula berkata :
Bukankah Allah telah berjanji?
الْخَبيثاتُ لِلْخَبيثينَ وَ الْخَبيثُونَ لِلْخَبيثاتِ وَ الطَّيِّباتُ لِلطَّيِّبينَ وَ الطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّباتِ
Memang dunia diciptakan indah pada pandangan mata..."Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir."




