Mengambil kesempatan cuti yang sedikit ini mengembara ke Tasik Chini. Tanpa apa-apa persiapan, kami memulakan perjalanan sekitar 11 pagi, sehelai sepinggang, dengan hanya berbekalkan semangat ingin tahu, jua berbekalkan wang seratus ringgit.
Sebetulnya, kami mengembara tanpa apa-apa persediaan. Perjalanan dari Negeri Sembilan memakan masa sekitar 3 jam lebih untuk ke Chini. Terasa jauh benarnya, kerana tidak tahu jalan pintas.
Hati mula terasa tidak sedap bila terpaksa melalui jalan-jalan sunyi sebaik melepasi Felda Chini 4, 1 dan 2. Jalannya hanya muat-muat untuk dua buah kenderaan berselisih. Hanya bukit-bukau menghijau, kebun getah dan ladang sawit menemankan kami sepanjang perjalanan menjelajah bumi Allah.
Namun akhirnya... alhamdulillah, terasa lega bila tiba di Tasik Chini. Ramai pula pengunjung! Terlalu gembira dan puas bila dapat menjejakkan kaki di tanah lagenda negeri Pahang ini.Chini Lake menyediakan pelbagai kemudahan, misalnya surau, tempat makan, gerai kraftangan, resort, sewa bot, kayak dan pelbagai kemudahan seperti tasik-tasik yang lain.

Kami sempat menjelajah 12 tasik yang terdapat di sini dengan bayaran sewa RM70 untuk sebuah bot, selama 1 jam. Bayaran paling murah, RM60 untuk 6 tasik, selama setengah jam. Agak berbaloikah beza RM10 untuk 6 tasik dan setengah jam? Justeru, pada hari tersebut, RM70 melayang demi mencari ilmu dan pengalaman.
Memandang bot-bot yang tersusun berbaris di tepi tasik, jua deretan kayak-kayak, menyorot kembali fikiran saya kepada pengalaman berkayak bersama teman seuniversiti. Sungguh! Kayak kami berpusing 360 darjah! Hahaha.
Maka kerana itu, lima minit pertama menaiki bot, aku menjerit sekuat hati... Mesti pening kepala pak cik tu.. hahaha. Padahal pak cik yang mengemudi bot di Tasik Chini tersebut sudah cukup arif dan cekap mengadap tugas hariannya. Jua bukannya kami tidak dibekalkan dengan jaket keselamatan! ^-^
Perasaan lega mula hilang bila pak cik mengangukkan kepalanya apabila ditanya tentang buaya Tasik Chini. Huhu.. Dan pak cik tersebut tiba-tiba sahaja membelah lalang (apa ye nama tumbuhan ni) yang terapung di tengah tasik.
Sahabatku dengan penuh jujur bertanya,
"Pak cik, kita hendak lalu ikut lalang ni ke?"
Pak cik tersebut mengangguk-anggukkan kepalanya. Aku sudah beristighfar panjang. Bot yang besar terasa mula mengecut dan mengecil. Selang beberapa saat, pak cik tersebut mengarahkan kami memandang ke arah kanan bot. Sebaik kepala dan mata kami diarahkan ke sebelah kanan, sekuntum bunga teratai merah jambu terapung betul-betul bersebelahan dengan bot yang kami naiki.

Masyarakat Orang Asli Negeri Pahang.
Sejujurnya, inilah pengalaman pertama saya dan sahabat melihat secara terus kehidupan masyarakat asli negara kita. Maha suci Allah yang telah menjadikan kita berbangsa-bangsa, untuk saling mengenali. Betapa selama ini daku hanya pasif mengadap pen, kertas dan peperiksaan.
Nah apabila diberi ruang dan peluang menjelajah, terasa kurangnya ilmu alam dalam diri ini, terasa bersyukurnya diberi nikmat tempat tinggal, wang ringgit, pekerjaan, kenderaan, makanan, dan nikmat-nikmat lain yang tidak tersebut untuk disebutkan, dan tidak tertulis untuk dituliskan.
Kawanku sudah berbahasa basi dengan anak Orang Asli tersebut, seolah-olah berbahasa isyarat pun ada... Puas kami berbahasa isyarat, budak itu dengan fasihnya menjawab dalam bahasa Malaysia... Hahaha adoi.

Kesimpulan dariku yang cetek ilmu kehidupan ini, masyarakat Orang Asli menuturkan bahasanya yang tersendiri, kerana telingaku dapat menangkap bunyi bahasa mereka. Selain itu, mereka jua fasih berbahasa kebangsaan.
Terdapat sekitar 5 hingga 6 buah rumah di sini. Di kawasan petempatan lain, daku tidak dapat mempastikannya... Rumah mereka sungguh comel! Diperbuat daripada papan dan ditampal dengan plastik. Bilik air di atas rumah papan ini benar-benar mengingatkanku akan rumah peninggalan arwah datuk di Alor Setar. Rumah tumpah darahku...

Apapun, saya berasa sangat seronok dan terhibur. Mungkin kerana jauh dari hingar-bingar kota dan desa. Jua jauh dari buku dan alat tulis... Pasti kan ke sini lagi.
Catatan:
Anak-anak millenium, jangan ditanya mengapa gambar blur. Masa ni handset tidak begitu canggih. Tiada smartphone lagi.