EKSPEDISI menjelajah bumi Allah untuk kali kedua, seminggu selepas pengembaraan ke Chini. Encik Is dengan senang hati menguruskan surat yang kufaks dari sekolah. Alhamdulillah, segala urusan berkaitan konvokesyen telahpun kuselesaikan dengan cara tersendiri... hehe
Sangat-sangat merindui Kuala Lumpur, lebih-lebih lagi Bukit Angkasa dan Maktab Perguruan Lembah Pantai, juga bumi Serdang, Selangor; tempat di mana daku belajar segala perkara, baik yang berkaitan ilmu pendidikan, ilmu agama, mahupun ilmu persahabatan yang tiada ternilai.

Kemudian, dari Kuala Lumpur, kami meneruskan perjalanan ke bahagian utara. Kali ini ke Sitiawan dan Lumut. Perjalanan beribu batu, hanya air mata yang menjawabnya tatkala kali pertama bersua muka dengan Ana, sahabat semaktab yang menunggu hari untuk bersalin.
Sitiawan; Lumut tempat peranginan yang sangat menarik. Dekat benar dengan muara, laut dan pulau (Pangkor). Sesuai benar untuk aktiviti melancong, bercuti, hiking dan memancing ikan. Menghabiskan Jumaat, Sabtu dan Ahad di rumah Ana membuatkan daku seolah-olah berada di rumah sendiri, kerana mereka menuturkan loghat utara.

Terima kasih Ana, Encik Is dan keluarga (",)