TELAHPUN masuk tahun keenam saya bergelar pendidik. Saya juga hampir-hampir lupa password blog ni 😊 Zaman silih berganti. Masa terus berdetik. Kenangan tertinggal di belakang. Pahit, manis, suka, duka bercampur-baur dalam satu rasa bernama kehidupan.
.
Enam tahun satu tempoh yang begitu lama. Semakin lama kamu hidup, betapa kamu akan merasai semakin menghilangnya sahabat-sahabat karib kamu. Justeru beruntunglah jika kamu masih punyai sahabat sehati sejiwa, seiring sejalan yang tidak pernah lupa meskipun telah melewati usia dewasa!
.
Kerjaya saya sebagai pendidik alhamdulillah berjalan dengan lancar. Pada tahun 2014, setelah empat tahun berkhidmat, saya dikurniakan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC). Terima kasih atas pengahargaan yang sangat berharga dalam sejarah hidup. Cuma, bila dihambat kesibukan, kadangkala saya GAGAL membahagikan masa sebaik mungkin antara kerjaya, diri sendiri, keluarga 😊
.
Melewati usia dewasa ini juga kamu akan temui pelbagai ragam manusia. Dulu, zaman bergelar mahasiswa di universiti dan Institut Pendidikan Guru, kamu hanya temui teman sekepala denganmu. Amat jarang yang bertentangan dengan sikap dan fikiran kita. Berbeza dengan bekerja. Kita akan temui sama ada -- teman sejati, kawan baik, kawan biasa, kawan jalan-jalan, kawan sekepala, juga yang bertentangan dengannya 😊
.
Tak mengapalah. Raikan perbezaan. Asam garam hidup di dunia.
.
Sehingga ke hari ini, saya masih mencari dan menanti teman sejati. Kadangkala kubertanya kepada Tuhan, apakah tidak ada cinta untukku di dunia ini? Ya Tuhan.. Janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri di muka bumi-Mu ini 😔
.
Semoga tahun 2017, aku akan temui 'dia' yang kucari!
|
NOTA:
Catatan ini dikemaskini pada Februari 2016. Kebelakangan ini kita dihidangkan dengan banyak berita pendaki yang tersesat di Gunung Datuk. Saya tiada komen. Cuma, mulakan pendakian dengan niat yang betul, inshaAllah segalanya dipermudahkan.
Saya dan sahabat (2 orang sahaja) menghabiskan cuti sekolah dengan aktiviti mendaki Gunung Datuk. Tanpa pelan, tanpa pengalaman, tanpa tahu arah tuju kami redah jua. Hanya berbekalkan semangat dan azam mahu menawan puncak gunung.
Kami lapor diri kepada Pak Cik Abdul Rahman yang peramah dan setia menanti pengunjung di pondok berdepan dengan tapak parkir kereta. Bayaran RM5 mendaki dan RM5 untuk sijil.
Gunung Datuk berketinggian 2900 kaki dari aras laut dan mengambil masa purata kira-kira 2 jam untuk sampai ke puncak.
Kami mencari air terjun. Pendaki perlu melalui jambatan yang merintangi aliran air terjun. Kemudian, ada 2 pilihan jalan, kiri atau ke kanan. Saya dan si peguam tua muda Azalea tawakal sahaja. Kami mengikut arah trek kumpulan pendaki dari Kolej Universiti Help.
Berikut jumlah bayaran yang dikenakan untuk sebarang urusan di Gunung Datuk.
Sumber : Koperasi Gunung Datuk Rembau Berhad
E-mel : gunung_datuk@yahoo.com
Abd Rahman : 013-2364443
Selamat mendaki ^_^
Saya dan sahabat (2 orang sahaja) menghabiskan cuti sekolah dengan aktiviti mendaki Gunung Datuk. Tanpa pelan, tanpa pengalaman, tanpa tahu arah tuju kami redah jua. Hanya berbekalkan semangat dan azam mahu menawan puncak gunung.
Catatan 2012:
Mendaki Gunung Datuk dengan tema "sendiri explore". Catatan ringkas perjalanan mendaki pada 28 Oktober 2012 lalu. Kami tiba di Hutan Lipur Gunung Datuk, Rembau kira-kira pukul 9.00 pagi. Persiapan ala kadar:- sarapan pagi sebelum bertolak
- air mineral botol kecil + 100 plus botol kecil
- makanan (lapar atas gunung)
- beg sandang
- sport shoes + stokin (pacat)
- ubat-ubatan ringkas (ex. minyak angin + handsaplast)
- stamina dan semangat tidak mudah mengalah :p
Kami lapor diri kepada Pak Cik Abdul Rahman yang peramah dan setia menanti pengunjung di pondok berdepan dengan tapak parkir kereta. Bayaran RM5 mendaki dan RM5 untuk sijil.
Gunung Datuk berketinggian 2900 kaki dari aras laut dan mengambil masa purata kira-kira 2 jam untuk sampai ke puncak.
Trek Gunung Datuk.
Mulakan pendakian dengan bismillah hi tawakkaltu...
Perlu alert dengan tali penanda arah trek
Teruskan perjalanan mengikut penanda merah yang diikat pada pokok sepanjang trek Gunung Datuk. Trek gunung ini sememangnya terkenal dengan kecuraman. Akar kayu berselirat sepanjang jalan. Untungnya, alhamdulillah cuaca pagi ini sangat cerah. Kami tidak perlu berperang dengan nyamuk dan pacat seperti di Gunung Angsi ~~
trek berselirat Gunung Angsi dengan kecuraman yang melampau..
Pendakian kami memakan masa lebih kurang 1 jam 45 minit. Purata pendakian 2 jam sememangnya benar. Sepanjang perjalanan bertembung dengan kumpulan-kumpulan hiking lain yang telah mula bergerak turun. Dan soalan popular yang akan keluar...
"Jauh lagi ke, ye?" hehe.
Tangga Gunung Datuk
DAN... perkara paling tidak terduga, perlu memanjat tangga yang tinggi untuk tiba di atas puncak Gunung Datuk. Sangat tidak terkata-kata melihat 3 tangganya yang 'kecil dan kurus-kurus' . Perkataan yang sesuai... menarik, mencabar dan jantung berdegup semakin kencanggg...
Cekalkan semangat, yakin dengan izin Allah anda dapat melepasinya. Yakin boleh!
Puncak Gunung Datuk.
Dan akhirnya, hari ini dalam sejarah. 28 Oktober 2012 jam 11.25 pagi tiba di atas puncak Gunung Datuk! Seronok sangat. Rasa kepuasan yang luar biasa setelah berhempas pulas mendaki hehehe.
- Yuran pendakian - RM5.00
- Sijil - RM5.00
- Guide - RM60.00
- Khemah (4 men tent) - RM5.00
- Tapak perkhemahan - RM3.00/khemah
- Chalet 1 hari - RM50.00
- Chalet 1/2 hari - RM30.00
- Sewa dewan - RM150.00
- Sistem PA - RM70.00
- Menoreh getah - RM2.00
- Karaoke - RM150.00
- Kanopi - RM150.00
Sumber : Koperasi Gunung Datuk Rembau Berhad
E-mel : gunung_datuk@yahoo.com
Abd Rahman : 013-2364443
Selamat mendaki ^_^
|
ALHAMDULILLAH. Terasa lega dapat menyelesaikan tugasan. Memasuki tahun ketiga mendidik, rasanya inilah kali pertama menjadi antara tulang penggerak majlis peringkat daerah.
Sebetulnya, terasa bersyukur setahun dua kebelakangan ini dengan situasi sekolah. Tuhan sahaja yang tahu betapa bersyukurnya bila sekolah dicat dengan cat yang lebih baik, berlantaikan mozek, berbumbungkan atap baru, biarpun tidaklah seperti sekolah-sekolah lain.
Terima kasih, Tuhan :-)
|
SAAT kamu mulai pasrah dan redha dengan kehidupanLepaskanlah semua yang membelenggumuMudah~mudahan berkurang bebanmu
Biar dalam terpaksaMeredhakan hal~hal yang dicintai berlalu pergiJangan bersedih!Bukankah Tuhan Maha MenjagaTidak kau ungkapkan butir-butir doa dalam setiap sujud punDia lebih tahu segala isi di hati
March 23, 2013
|
Sesungguhnya Tuhan lebih mengetahui hal-hal yang terbaik untuk hamba~Nya. Bismillah dan alhamdulillah, 09 November 2012 hari terakhir untuk sesi persekolahan kali ini. Begitu jauh perjalanan ....
Begitupun, masa tidak kan pernah menunggu .Begitu Tuhan bersumpah dalam al-Asr :')
Ya Robbana... semoga jalanan ini berakhir dengan husnul khotimah ya Allah. Begitu jauh mencari~Mu. Jumpa. Dan hilang :')
Ya Robbana, tetapkan hatiku dalam mencintai~Mu. Aku telah memilih jalanku, dan sesungguhnya jalan kepada~Mu lebih baik bagiku. Aku telah merancang, dan demi sesungguhnya perancangan~Mulah yang terbaik.
Ya Robbana, jadikanlah daku seorang hamba~Mu yang bertaqwa
Jadikanlah daku seorang anak yang taat
Sahabat yang setia
Pendidik yang mukhlis
Dan jadikanlah daku, suatu masa nanti, seorang isteri yang tidakkan lupa kasih dan sayang~Mu Allah.
Begitupun, masa tidak kan pernah menunggu .Begitu Tuhan bersumpah dalam al-Asr :')
Ya Robbana... semoga jalanan ini berakhir dengan husnul khotimah ya Allah. Begitu jauh mencari~Mu. Jumpa. Dan hilang :')
Ya Robbana, tetapkan hatiku dalam mencintai~Mu. Aku telah memilih jalanku, dan sesungguhnya jalan kepada~Mu lebih baik bagiku. Aku telah merancang, dan demi sesungguhnya perancangan~Mulah yang terbaik.
Ya Robbana, jadikanlah daku seorang hamba~Mu yang bertaqwa
Jadikanlah daku seorang anak yang taat
Sahabat yang setia
Pendidik yang mukhlis
Dan jadikanlah daku, suatu masa nanti, seorang isteri yang tidakkan lupa kasih dan sayang~Mu Allah.
|
Bismillah dan alhamdulillah...
Hari ini, 10 November 2012 berakhir sudah sesi persekolahan 2012 . Dan masih mengemaskini semua data-data peperiksaan (",) Juga insyaAllah cuba menyudahkan headcount coco-star yang yang yang ... ni (^_^)!
Setahun dalam 2012 memberi pengajaran yang cukup bermakna . Semakin kamu belajar dengan bersungguh-sungguh tentang suatu perkara yang membuatkan dada kamu selalu berasa sesak, tertekan dan gemuruh, semakin bertambah ilmu kurniaan Tuhan. Dan insyaAllah, dalam perjalanan akan datang, semua sesak, tekanan dan gemuruh itu kan hilang.
Alhamdulillah... berkesempatan belajar lagi menjadi pengacara majlis
Alhamdulillah, berkesempatan mendaki Gunung Datuk, melihat kebesaran~Nya..
Alhamdulillah, masih diberi peluang nikmat mengajar arus perdana.
Alhamdulillah, berkesempatan melatih murid
Dan alhamdulillah, berkesempatan belajar mengurus murid perkhemahan.
|















