TELAHPUN masuk tahun keenam saya bergelar pendidik. Saya juga hampir-hampir lupa password blog ni 😊 Zaman silih berganti. Masa terus berdetik. Kenangan tertinggal di belakang. Pahit, manis, suka, duka bercampur-baur dalam satu rasa bernama kehidupan.
.
Enam tahun satu tempoh yang begitu lama. Semakin lama kamu hidup, betapa kamu akan merasai semakin menghilangnya sahabat-sahabat karib kamu. Justeru beruntunglah jika kamu masih punyai sahabat sehati sejiwa, seiring sejalan yang tidak pernah lupa meskipun telah melewati usia dewasa!
.
Kerjaya saya sebagai pendidik alhamdulillah berjalan dengan lancar. Pada tahun 2014, setelah empat tahun berkhidmat, saya dikurniakan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC). Terima kasih atas pengahargaan yang sangat berharga dalam sejarah hidup. Cuma, bila dihambat kesibukan, kadangkala saya GAGAL membahagikan masa sebaik mungkin antara kerjaya, diri sendiri, keluarga 😊
.
Melewati usia dewasa ini juga kamu akan temui pelbagai ragam manusia. Dulu, zaman bergelar mahasiswa di universiti dan Institut Pendidikan Guru, kamu hanya temui teman sekepala denganmu. Amat jarang yang bertentangan dengan sikap dan fikiran kita. Berbeza dengan bekerja. Kita akan temui sama ada -- teman sejati, kawan baik, kawan biasa, kawan jalan-jalan, kawan sekepala, juga yang bertentangan dengannya 😊
.
Tak mengapalah. Raikan perbezaan. Asam garam hidup di dunia.
.
Sehingga ke hari ini, saya masih mencari dan menanti teman sejati. Kadangkala kubertanya kepada Tuhan, apakah tidak ada cinta untukku di dunia ini? Ya Tuhan.. Janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri di muka bumi-Mu ini 😔
.
Semoga tahun 2017, aku akan temui 'dia' yang kucari!




