ALHAMDULILLAH. Terasa lega dapat menyelesaikan tugasan. Memasuki tahun ketiga mendidik, rasanya inilah kali pertama menjadi antara tulang penggerak majlis peringkat daerah.
Sebetulnya, terasa bersyukur setahun dua kebelakangan ini dengan situasi sekolah. Tuhan sahaja yang tahu betapa bersyukurnya bila sekolah dicat dengan cat yang lebih baik, berlantaikan mozek, berbumbungkan atap baru, biarpun tidaklah seperti sekolah-sekolah lain.
Terima kasih, Tuhan :-)
|




