Cute Bow Tie Hearts Blinking Pink Pointer
Assalamualaikum

Jika kamu menghadapi dunia dengan jiwa yang lapang, kamu akan dapati duka yang semakin mengecil dan menyempit


Terakhir Sekolah

Sesungguhnya Tuhan lebih mengetahui hal-hal yang terbaik untuk hamba~Nya. Bismillah dan alhamdulillah, 09 November 2012 hari terakhir untuk sesi persekolahan kali ini. Begitu jauh perjalanan ....

Begitupun, masa tidak kan pernah menunggu .Begitu Tuhan bersumpah dalam al-Asr :')

Ya Robbana... semoga jalanan ini berakhir dengan husnul khotimah ya Allah. Begitu jauh mencari~Mu. Jumpa. Dan hilang :')

Ya Robbana, tetapkan hatiku dalam mencintai~Mu. Aku telah memilih jalanku, dan sesungguhnya jalan kepada~Mu lebih baik bagiku. Aku telah merancang, dan demi sesungguhnya perancangan~Mulah yang terbaik.

Ya Robbana, jadikanlah daku seorang hamba~Mu yang bertaqwa
Jadikanlah daku seorang anak yang taat
Sahabat yang setia
Pendidik yang mukhlis
Dan jadikanlah daku, suatu masa nanti, seorang isteri yang tidakkan lupa kasih dan sayang~Mu Allah.


|
Setahun Mendidik

Bismillah dan alhamdulillah... 
Hari ini, 10 November 2012 berakhir sudah sesi persekolahan 2012 . Dan masih  mengemaskini semua data-data peperiksaan (",)  Juga insyaAllah cuba menyudahkan headcount coco-star yang yang yang ... ni (^_^)!

Setahun dalam 2012 memberi pengajaran yang cukup bermakna . Semakin kamu belajar dengan bersungguh-sungguh tentang suatu perkara yang membuatkan dada kamu selalu berasa sesak, tertekan dan gemuruh, semakin bertambah ilmu kurniaan Tuhan. Dan insyaAllah, dalam perjalanan akan datang, semua sesak, tekanan dan gemuruh itu kan hilang.


 Alhamdulillah... berkesempatan belajar lagi menjadi pengacara majlis
 Alhamdulillah, berkesempatan mendaki Gunung Datuk, melihat kebesaran~Nya..
 Alhamdulillah, masih diberi peluang nikmat mengajar arus perdana.
 Alhamdulillah, berkesempatan melatih murid
Dan alhamdulillah, berkesempatan belajar mengurus murid perkhemahan.

|
Sahabat, Kawan, Teman

Ada masa-masanya kita akan tiba-tiba mengingati kawan lama. Kehidupan satu perjalanan yang panjang, menuju redha Tuhan. Berlayar, kadangkala dirempuh angin dan badai. Kadangkala, mengikut arus. Dan kadangkala menentangnya. Tidak penting mana satu pilihan kamu - sama ada dirempuh badai, mengikut arus atau menentangnya.  

Pokoknya, pelayaran itu tidak kan pernah terhenti. Kecuali dengan izin Ilahi.


Semoga Allah bersama kalian :-)


|
Iduladha 2012

 Semoga korban kami diterima.


|
Denai Engkabang, FRIM Kepong

Menelusuri Denai Engkabang di FRIM Kepong. Paginya bersama cik peguam muda Azalea menunggu cik peguam muda Min di Gua Batu Caves. 

Trek Denai Engkabang sama seperti hutan-hutan simpanan yang lain.  Seperti biasa, perlu sedikit memanjat dan menuruni. 

Terdapat juga laluan untuk kenderaan pacuan empat roda.  Malah uncle chinese sempat berjoging di tengah hutan ni. 

Laluannya tidaklah sesukar mana.  Alert dengan persekitaran dan laluan, inshaAllah dipermudahkan.  Selamat beriadah!



 Sekali lagi terlepas peluang mandi...


 

|
Gunung Datuk, Rembau

Sekitar Perkhemahan Gunung Datuk, Rembau, Negeri Sembilan.
19 hingga 21 Oktober 2012 lalu.

Aral cuaca hujung tahun yang tidak mengizinkan, aktiviti pendakian menawan puncak Gunung Datuk tidak dapat dilaksanakan. Apapun, pengalaman kali kedua menjadi Penolong Kem Komandan merupakan ilmu berharga yang tidak dapat saya lupakan selama 2 tahun bergelar pendidik.

Tidak banyak catatan.  Hanya meneman anak murid beriadah.
Sofia dah tak menangis.. Seronoklah orang teman dia mandi

 Air terjun Gunung Datuk yang agak 'hitam'


|
Kawan
S A H A B A T

Alangkah persahabatan itu.
Kadangkala berasa ingin selalu ketawa dan tersenyum.
Kadangkala sakit hati,
Menangis,
Benci,
Dan membuang terus dari ingatan.

Kadangkala,
Sejauh manapun berjalan meninggalkan pergi,
Menjelajah bumi Tuhan yang maha luas,
Mendaki gunung yang tinggi,
Menyelam lautan yang dalam,
Kita menyedari,
Sahabat terbaik sebenarnya dekat
Dan teramat dekat.


|
Hiking Gunung Angsi, Kuala Pilah.

Menghabiskan sedikit masa lapang bersama teman-teman di Gunung Angsi, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Malangnya, macam biasa, tiap kali hiking pasti kami tiba lewat. hehehe... 

Actualy, pendaki perlu mendaftar sebelum pukul 9.00 pagi untuk keselamatan.  Memandangkan sudah menghampiri waktu makan tengah hari, kami naik juga di sekitar kaki gunung.

Penat cari sign board ni... sing board camping Gunung Angsi tahun 2010.

Okay pacat di sini.

Lain kali akan bawa pakaian lebih :)

Ikut arus sungai.


kan dah...

check point

PASTI ke sini lagi sebelum 9.00 pagi.
Bawa baju lebih.
Sport shoes sebab banyak pacat.
Makanan lebih sebab pasti akan lapar.

 

|
Pengalaman Mendaki Bukit Broga
SEMASA menuntut ilmu di universiti, tidak pernah terlibat dengan aktiviti outdoor (kerana tiada kawan) walaupun pernah mendaftar dengan Rakan Muda UPM dan Pengakap Kelanasiswa. Akhirnya, mengabdikan 2 semester di universiti dengan Persatuan Kepimpinan Pelajar UPM. Seronok juga kenal kawan baru yang rata-ratanya dari course horticultur Fakulti Pertanian. 

SEKARANG, gunung lebih seronok dari segalanya... (^_^) Satu kepuasan sebenarnya bila berada atas puncak gunung yang tinggi. Tiada satu pertolonganpun yang akan kamu dapati selain kebergantungan hanyalah kepada Allah. Keseorangan, dan yang ada hanyalah Allah.  Untuk beginner pendaki, rasanya Broga Hills yang terletak di Semenyih merupakan tempat terbaik.

"Berapa kali hendak daki Broga?" Pertanyaan dari ayah. 

Hehehe. Mengertilah ayah... tidur atas batu di puncak Broga sangat awesome!


Ramai pendaki memilih untuk bertolak sebelum Subuh untuk melihat matahari terbit. Alhamdulillah setakat ini, kami masih tidak berjaya mendaki pada waktu pagi huhu.
Untung mendaki area 11.00 pagi... kos parkir RM 2.00 percuma.

Trek Broga. Menghampiri ke puncak pertama.


Puncak kedua Broga dia ingat dia dah sampai kot  :-p


Puncak ketiga. Papan tanda mangsa vandalisme ini membuktikan anda telahpun berjaya menawan Broga Hills, Semenyih.
 1 September lalu. 
Sempena #merdeka55, puncak Broga dihiasi Jalur Gemilang.


 kan... sandle lagi senang.  Tapi jangan ikut la tabiat ni.





Polis, JPAM & bomba dapat panggilan kecemasan daripada pendaki yang terkandas. Hati-hatilah...


PERSOALAN untuk difikirkan, adakah kita si pendaki sudah kehilangan moral hingga sanggup mencurah segala isi hati pada alam yang banyak memberi...
sungguh tidak cantik .

 

"U're very cheerful person."
Ingat ayat ni suatu ketika dahulu  (",)



|
Gunung Tok Wan, Semenyih

SEDIKIT nukilan ekspedisi mendaki Gunung Tok Wan, jiran kepada Bukit Broga yang terletak di Semenyih.  Maksudnya, anda perlu mendaki Broga dahulu, baru berjumpa dengan Tok Wan. Okay, semangat kena kuat!

Gunung Tok Wan di sebalik Bukit Broga.

Indahnya alam

Okeh. Lain kali je kita sambung Tok Wan. Masuk dan turun semula. Hahaha tak berani la acik.  Perut pun dah berkeroncong.  Sorry huhu!


 
|
Tiada tajuk

Terasa ingin menukilkan sedikit perasaan ini sebelum hari, minggu, bulan dan tahun yang sibuk bermula. Tidak dapat diri ini meneka perkara yang bakal ditempuhi sepanjang 2012. Ya Tuhan, sedikit lagi usia ini berbaki. 


Perkara pasti, hati ini begitu berat untuk memulakan hari pertama bekerja. Bukan kerana malas. Malah, sepanjang setahun berlalu, jarang-jarang rasanya pulang pukul 1.30 petang. Selalunya pukul 6.00 petang baru merehatkan diri di rumah. Sebelah malam, menyambung kerja-kerja yang terbengkalai.

2012 ini, cabaran paling utama yang harus saya tempuhi sebaik mungkin ialah hal tukar opsyen.

Cabaran kedua, masih diberi kepercayaan oleh Guru Penolong Kanan 1 untuk menguruskan hal-hal peperiksaan sekolah. Namun, opsyen baharu ini menyebabkan jam mengajar saya meningkat hampir 2 kali ganda daripada selalu.


  • Moon Phase

    229250skrgjfpbac.gif
    CINTA MADINAH

    Kembali kita berjauhan
    Salam terpisah
    Senyum tertahan
    Rindu berbuah
    Sayangnya merendang

    Jauh begini hati teruji
    Cinta Madinah dalam lembayung
    Dalam terlarang
    Tersinar yang agung
    Bertopang cinta padamu
    nabi

    Di bumi Madinah
    Menjadi saksi
    Cinta Madinah mekar berseri
    Sinaran malar terik mentari
    Dijurai dingin malam
    Terukir setiamu

    Kunjungan rindu
    Mengatur alam rindu
    Cinta Madinah menyebar harum
    Menyebar semarak dalam kasih yang subur
    Semarak dalam kasih C
    inta Madinah

    Bloglist
    Ya Robbana...
    Perjalanan ini jauh,
    Terkadang tersungkur,
    Sendiri sendirian.
    Ya Robbana...
    Perjalanan ini penuh mehnah,
    Terkadang terlupa,
    Melupakan.
    Ya Robbana...
    Begitu indah dunia~Mu,
    Terkadang tidak tahu mana harus dituju.
    Dalam gelak, tawa, sorak,
    Kehilangan mencari~Mu.
    Ya Robbana...
    Takdir~Mu yang satu,
    Dalam redha dan harap,
    Kuberserah hanya kepada~Mu,
    Allahu Robbi.
    ~CikguHas~
    Madinah
    2009


  • Hiking
    Blog Archieve