Cute Bow Tie Hearts Blinking Pink Pointer
Assalamualaikum

Jika kamu menghadapi dunia dengan jiwa yang lapang, kamu akan dapati duka yang semakin mengecil dan menyempit


Pengalaman Mendaki Bukit Broga
SEMASA menuntut ilmu di universiti, tidak pernah terlibat dengan aktiviti outdoor (kerana tiada kawan) walaupun pernah mendaftar dengan Rakan Muda UPM dan Pengakap Kelanasiswa. Akhirnya, mengabdikan 2 semester di universiti dengan Persatuan Kepimpinan Pelajar UPM. Seronok juga kenal kawan baru yang rata-ratanya dari course horticultur Fakulti Pertanian. 

SEKARANG, gunung lebih seronok dari segalanya... (^_^) Satu kepuasan sebenarnya bila berada atas puncak gunung yang tinggi. Tiada satu pertolonganpun yang akan kamu dapati selain kebergantungan hanyalah kepada Allah. Keseorangan, dan yang ada hanyalah Allah.  Untuk beginner pendaki, rasanya Broga Hills yang terletak di Semenyih merupakan tempat terbaik.

"Berapa kali hendak daki Broga?" Pertanyaan dari ayah. 

Hehehe. Mengertilah ayah... tidur atas batu di puncak Broga sangat awesome!


Ramai pendaki memilih untuk bertolak sebelum Subuh untuk melihat matahari terbit. Alhamdulillah setakat ini, kami masih tidak berjaya mendaki pada waktu pagi huhu.
Untung mendaki area 11.00 pagi... kos parkir RM 2.00 percuma.

Trek Broga. Menghampiri ke puncak pertama.


Puncak kedua Broga dia ingat dia dah sampai kot  :-p


Puncak ketiga. Papan tanda mangsa vandalisme ini membuktikan anda telahpun berjaya menawan Broga Hills, Semenyih.
 1 September lalu. 
Sempena #merdeka55, puncak Broga dihiasi Jalur Gemilang.


 kan... sandle lagi senang.  Tapi jangan ikut la tabiat ni.





Polis, JPAM & bomba dapat panggilan kecemasan daripada pendaki yang terkandas. Hati-hatilah...


PERSOALAN untuk difikirkan, adakah kita si pendaki sudah kehilangan moral hingga sanggup mencurah segala isi hati pada alam yang banyak memberi...
sungguh tidak cantik .

 

"U're very cheerful person."
Ingat ayat ni suatu ketika dahulu  (",)



  • Moon Phase

    229250skrgjfpbac.gif
    CINTA MADINAH

    Kembali kita berjauhan
    Salam terpisah
    Senyum tertahan
    Rindu berbuah
    Sayangnya merendang

    Jauh begini hati teruji
    Cinta Madinah dalam lembayung
    Dalam terlarang
    Tersinar yang agung
    Bertopang cinta padamu
    nabi

    Di bumi Madinah
    Menjadi saksi
    Cinta Madinah mekar berseri
    Sinaran malar terik mentari
    Dijurai dingin malam
    Terukir setiamu

    Kunjungan rindu
    Mengatur alam rindu
    Cinta Madinah menyebar harum
    Menyebar semarak dalam kasih yang subur
    Semarak dalam kasih C
    inta Madinah

    Bloglist
    Ya Robbana...
    Perjalanan ini jauh,
    Terkadang tersungkur,
    Sendiri sendirian.
    Ya Robbana...
    Perjalanan ini penuh mehnah,
    Terkadang terlupa,
    Melupakan.
    Ya Robbana...
    Begitu indah dunia~Mu,
    Terkadang tidak tahu mana harus dituju.
    Dalam gelak, tawa, sorak,
    Kehilangan mencari~Mu.
    Ya Robbana...
    Takdir~Mu yang satu,
    Dalam redha dan harap,
    Kuberserah hanya kepada~Mu,
    Allahu Robbi.
    ~CikguHas~
    Madinah
    2009


  • Hiking
    Blog Archieve