Cute Bow Tie Hearts Blinking Pink Pointer
Assalamualaikum

Jika kamu menghadapi dunia dengan jiwa yang lapang, kamu akan dapati duka yang semakin mengecil dan menyempit


Ekspedisi Menawan Gunung Datuk 2012
NOTA:
Catatan ini dikemaskini pada Februari 2016.  Kebelakangan ini kita dihidangkan dengan banyak berita pendaki yang tersesat di Gunung Datuk.  Saya tiada komen. Cuma, mulakan pendakian dengan niat yang betul, inshaAllah segalanya dipermudahkan.

Saya dan sahabat (2 orang sahaja) menghabiskan cuti sekolah dengan aktiviti mendaki Gunung Datuk.  Tanpa pelan, tanpa pengalaman, tanpa tahu arah tuju kami redah jua.  Hanya berbekalkan semangat dan azam mahu menawan puncak gunung. 


Catatan 2012:
Mendaki Gunung Datuk dengan tema "sendiri explore". Catatan ringkas perjalanan mendaki pada 28 Oktober 2012 lalu. Kami tiba di Hutan Lipur Gunung Datuk, Rembau kira-kira pukul 9.00 pagi. Persiapan ala kadar:


  • sarapan pagi sebelum bertolak
  • air mineral botol kecil + 100 plus botol kecil
  • makanan (lapar atas gunung)
  • beg sandang
  • sport shoes + stokin (pacat)
  • ubat-ubatan ringkas (ex. minyak angin + handsaplast)
  • stamina dan semangat tidak mudah mengalah :p

Kami lapor diri kepada Pak Cik Abdul Rahman yang peramah dan setia menanti pengunjung di pondok berdepan dengan tapak parkir kereta. Bayaran RM5 mendaki dan RM5 untuk sijil. 

Gunung Datuk berketinggian 2900 kaki dari aras laut dan mengambil masa purata kira-kira 2 jam untuk sampai ke puncak.



Trek Gunung Datuk.
Mulakan pendakian dengan bismillah hi tawakkaltu...

Kami mencari air terjun. Pendaki perlu melalui jambatan yang merintangi  aliran air terjun. Kemudian, ada 2 pilihan jalan, kiri atau ke kanan. Saya dan si peguam tua muda Azalea tawakal sahaja. Kami mengikut arah trek kumpulan pendaki dari Kolej Universiti Help.



Perlu alert dengan tali penanda arah trek

Teruskan perjalanan mengikut penanda merah yang diikat pada pokok sepanjang trek Gunung Datuk. Trek gunung ini sememangnya terkenal dengan kecuraman. Akar kayu berselirat sepanjang jalan.  Untungnya, alhamdulillah cuaca pagi ini sangat cerah. Kami tidak perlu berperang dengan nyamuk dan pacat seperti di Gunung Angsi ~~

trek berselirat Gunung Angsi dengan kecuraman yang melampau.. 

Pendakian kami memakan masa lebih kurang 1 jam 45 minit. Purata pendakian 2 jam sememangnya benar. Sepanjang perjalanan bertembung dengan kumpulan-kumpulan hiking lain yang telah mula bergerak turun.  Dan soalan popular yang akan keluar... 

"Jauh lagi ke, ye?" hehe.


Tangga Gunung Datuk

DAN... perkara paling tidak terduga, perlu memanjat tangga yang tinggi untuk tiba di atas puncak Gunung Datuk. Sangat tidak terkata-kata melihat 3 tangganya yang 'kecil dan kurus-kurus' . Perkataan yang sesuai... menarik, mencabar dan jantung berdegup semakin kencanggg...

Cekalkan semangat, yakin dengan izin Allah anda dapat melepasinya. Yakin boleh!




Puncak Gunung Datuk.
Dan akhirnya, hari ini dalam sejarah. 28 Oktober 2012 jam 11.25 pagi tiba di atas puncak Gunung Datuk! Seronok sangat. Rasa kepuasan yang luar biasa setelah berhempas pulas mendaki hehehe.



Berikut jumlah bayaran yang dikenakan untuk sebarang urusan di Gunung Datuk.

  • Yuran pendakian        - RM5.00
  • Sijil                          - RM5.00
  • Guide                       - RM60.00
  • Khemah (4 men tent) - RM5.00
  • Tapak perkhemahan   - RM3.00/khemah
  • Chalet 1 hari             - RM50.00
  • Chalet 1/2 hari          - RM30.00
  • Sewa dewan              - RM150.00
  • Sistem PA                  - RM70.00
  • Menoreh getah           - RM2.00
  • Karaoke                     - RM150.00
  • Kanopi                       - RM150.00

Sumber : Koperasi Gunung Datuk Rembau Berhad
E-mel   : gunung_datuk@yahoo.com
Abd Rahman : 013-2364443

Selamat mendaki ^_^
  • Moon Phase

    229250skrgjfpbac.gif
    CINTA MADINAH

    Kembali kita berjauhan
    Salam terpisah
    Senyum tertahan
    Rindu berbuah
    Sayangnya merendang

    Jauh begini hati teruji
    Cinta Madinah dalam lembayung
    Dalam terlarang
    Tersinar yang agung
    Bertopang cinta padamu
    nabi

    Di bumi Madinah
    Menjadi saksi
    Cinta Madinah mekar berseri
    Sinaran malar terik mentari
    Dijurai dingin malam
    Terukir setiamu

    Kunjungan rindu
    Mengatur alam rindu
    Cinta Madinah menyebar harum
    Menyebar semarak dalam kasih yang subur
    Semarak dalam kasih C
    inta Madinah

    Bloglist
    Ya Robbana...
    Perjalanan ini jauh,
    Terkadang tersungkur,
    Sendiri sendirian.
    Ya Robbana...
    Perjalanan ini penuh mehnah,
    Terkadang terlupa,
    Melupakan.
    Ya Robbana...
    Begitu indah dunia~Mu,
    Terkadang tidak tahu mana harus dituju.
    Dalam gelak, tawa, sorak,
    Kehilangan mencari~Mu.
    Ya Robbana...
    Takdir~Mu yang satu,
    Dalam redha dan harap,
    Kuberserah hanya kepada~Mu,
    Allahu Robbi.
    ~CikguHas~
    Madinah
    2009


  • Hiking
    Blog Archieve