Cute Bow Tie Hearts Blinking Pink Pointer
Assalamualaikum

Jika kamu menghadapi dunia dengan jiwa yang lapang, kamu akan dapati duka yang semakin mengecil dan menyempit


Kembali Lagi
 
Hampir 6 bulan daku tidak mengemaskini blog.

Sebetulnya, bila kali pertama daku terfikir untuk menulis sesuatu di sini, tidak sedikitpun berharap adanya sesiapa yang follow page ini. Ia sangat hodoh. Malu pula hendak hebahkan kepada teman-teman. Barangkali, seteguhkarangblog hanya tempat kumeluahkan sesuatu, atau mungkin menukilkan perasaan, agar daku tidaklah lupa pada kenangan.

Namun agak malang bagiku, kerana daku sebetulnya manusia yang tidak suka hidup dalam kenangan. Kerana itu, hampir-hampir sahaja daku menjadi seorang pelupa... *Maafkanlah temanmu ini ya sahabat :)


Juga maafkan As kerana jarang keluar bersama-sama sahabat tercinta.

Biarlah... (^_^)!





~19 Jun 2010~

Hari terakhir bersama sahabat seperjuangan. Peperiksaan untuk Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) agak susah. Topiknya yang terlalu meluas merangkumi semua bahagian perkhidmatan awam perlu dihabiskan dalam masa 2 minggu.
Malamnya, mengangkut barang dari rumah sewa di tingkat empat. Secara rasminya daku meninggalkan bumi Kuala Lumpur pada keesokan harinya; 20 Jun 2010.
Hari terakhir di Kuala Lumpur
TV berantena istimewa
Ruang tamu multi fungsi...
Sebelah malam, bentang 'lembek' panjang-panjang untuk 7 orang.

ku kan selalu setia menyusun, menyapu & mengemop
lantai sampai 'licin'.. hehe

Sewa bulanan $ 700 untuk 7 orang. Rumah kami di sebelah kiri.
Kanan tiada jiran. Tingkat bawah, classmate lelaki duduk.

Selamat tinggal, kawan-kawan.
Selamat tinggal, Kuala Lumpur.
Selamat tinggal, Petaling Jaya.
Selamat tinggal, kenangan...

Tidak akan kembali lagi
:'(
  • Moon Phase

    229250skrgjfpbac.gif
    CINTA MADINAH

    Kembali kita berjauhan
    Salam terpisah
    Senyum tertahan
    Rindu berbuah
    Sayangnya merendang

    Jauh begini hati teruji
    Cinta Madinah dalam lembayung
    Dalam terlarang
    Tersinar yang agung
    Bertopang cinta padamu
    nabi

    Di bumi Madinah
    Menjadi saksi
    Cinta Madinah mekar berseri
    Sinaran malar terik mentari
    Dijurai dingin malam
    Terukir setiamu

    Kunjungan rindu
    Mengatur alam rindu
    Cinta Madinah menyebar harum
    Menyebar semarak dalam kasih yang subur
    Semarak dalam kasih C
    inta Madinah

    Bloglist
    Ya Robbana...
    Perjalanan ini jauh,
    Terkadang tersungkur,
    Sendiri sendirian.
    Ya Robbana...
    Perjalanan ini penuh mehnah,
    Terkadang terlupa,
    Melupakan.
    Ya Robbana...
    Begitu indah dunia~Mu,
    Terkadang tidak tahu mana harus dituju.
    Dalam gelak, tawa, sorak,
    Kehilangan mencari~Mu.
    Ya Robbana...
    Takdir~Mu yang satu,
    Dalam redha dan harap,
    Kuberserah hanya kepada~Mu,
    Allahu Robbi.
    ~CikguHas~
    Madinah
    2009


  • Hiking
    Blog Archieve