Cute Bow Tie Hearts Blinking Pink Pointer
Assalamualaikum

Jika kamu menghadapi dunia dengan jiwa yang lapang, kamu akan dapati duka yang semakin mengecil dan menyempit


Semua Sekolah Selangor Bakal Laksana e-Disiplin

25 Jun 2010 : BH

RAWANG: Perisian elektronik e-Disiplin bakal diperkenalkan di sekolah seluruh Selangor, bermula di daerah Gombak awal tahun depan bagi menangani masalah disiplin pelajar, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom. Beliau berkata, perisian e-Disiplin dilihat mampu menangani masalah gejala sosial dan disiplin pelajar yang dibangunkan kementerian dan Jabatan Pelajaran Selangor, dan kini diuji di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Garing (SMK Seri Garing), di sini.


Katanya, perisian e-Disiplin adalah cara yang terbaik untuk guru menangani masalah disiplin pelajar dengan hanya perlu memasukkan nama dan jenis kesalahan yang dilakukan.




Perisian e-Disiplin akan memaparkan tindakan yang perlu diambil terhadap pelajar dan langkah mendisiplinkan pelajar secara berperingkat yang dipantau terus oleh kementerian dan jabatan pelajaran untuk memastikan masalah disiplin dapat dikurangkan.

Justeru, pihak sekolah perlu membuka pintu untuk berinteraksi dengan ibu bapa dan komuniti setempat dalam membantu menangani gejala salah laku pelajar.

Jalinan perlu ada antara pihak sekolah dengan komuniti setempat dan badan bukan kerajaan (NGO) termasuk pihak berkuasa agar masalah salah laku pelajar sekolah dapat diatasi, katanya ketika merasmikan Program Sekolahku Komunitiku di SMK Seri Garing, di sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Pengarah Pengurusan Sekolah Harian, Amran Maskor; Pengarah Pelajaran Selangor, Sulaiman Wak; Pengetua SMK Seri Garing, Azizul Abdullah dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) sekolah itu, Chin Wan Cheong.
Alimuddin berkata, beliau sendiri sudah turun padang selepas membaca laporan mengenai masalah disiplin dan hasil taklimat oleh pengetua serta Yang Dipertua PIBG, didapati ada antara laporan yang tidak benar.

Laporan boleh membuatkan moral guru serta pelajar jatuh dan ada di antara pelajar yang tertekan, katanya.


  • Moon Phase

    229250skrgjfpbac.gif
    CINTA MADINAH

    Kembali kita berjauhan
    Salam terpisah
    Senyum tertahan
    Rindu berbuah
    Sayangnya merendang

    Jauh begini hati teruji
    Cinta Madinah dalam lembayung
    Dalam terlarang
    Tersinar yang agung
    Bertopang cinta padamu
    nabi

    Di bumi Madinah
    Menjadi saksi
    Cinta Madinah mekar berseri
    Sinaran malar terik mentari
    Dijurai dingin malam
    Terukir setiamu

    Kunjungan rindu
    Mengatur alam rindu
    Cinta Madinah menyebar harum
    Menyebar semarak dalam kasih yang subur
    Semarak dalam kasih C
    inta Madinah

    Bloglist
    Ya Robbana...
    Perjalanan ini jauh,
    Terkadang tersungkur,
    Sendiri sendirian.
    Ya Robbana...
    Perjalanan ini penuh mehnah,
    Terkadang terlupa,
    Melupakan.
    Ya Robbana...
    Begitu indah dunia~Mu,
    Terkadang tidak tahu mana harus dituju.
    Dalam gelak, tawa, sorak,
    Kehilangan mencari~Mu.
    Ya Robbana...
    Takdir~Mu yang satu,
    Dalam redha dan harap,
    Kuberserah hanya kepada~Mu,
    Allahu Robbi.
    ~CikguHas~
    Madinah
    2009


  • Hiking
    Blog Archieve