16 Ogos 2011; Selasa - Genaplah setahun daku berkhidmat menabur bakti sebagai pendidik. Macam-macam perasaan... Kadangkala, berputus asa pun ada ^_^ Sesungguhnya hanya Tuhan yang mengetahui. Apapun, inilah jalan yang kupilih sejak dari mula. Bukan kerana terpaksa. Bahkan kerana kecintaanlah daku berada di sini. Penuh tekad dan harapan. Hingga akhirnya ayah sendiri berkata : "Apa yang diidamkan, akhirnya dapat."
Benar-benar tekad dan bulat. Sungguh benar, Tuhan Maha Mengetahui (",) Syukur Tuhan, kerana mengkabulkan doa-doa kami...






