Apakah agaknya susah menjadi manusia? Lebih-lebih lagi menjaga hubungan sesama manusia? Tapi demi sesungguhnya, daku bersyukur kerana pada minggu-minggu terakhir Ramadhan ini hubunganku dengan beberapa orang sahabat sekerja berlangsung dengan baik. Oh, saya suka semua orang di sekolah ^^
Seronok tengok semua orang gembira. Ketawa dan berlawak jenaka walaupun penat dengan pelbagai kerja yang tidak pernah selesai. Tapi... untuk mengekalkannya, teramat susah, bukan?
Biasalah... bila berdepan dengan tugas yang mencabar, dan menuntut seribu pengorbanan masa, jua tenaga... Hmm...
Saya pun tak tahulah apa yang saya hendak cakapkan.. ^_^Tapi mungkin... disebabkan selalu bergurau-senda, kadangkala gagal membaca hati dan perasaan orang lain...
Ya Allah... Maafkan saya. Saya telah berusaha menjadi seorang yang lebih serius... dan matang *tapi tak berjaya...
Maafkanlah bila saya tidak pandai menyembunyikan perasaan. Susahnya menjaga hati ini. Bila terluka, dia akan mula senyap sehari dua... Kadangkala, terasa sunyi jua dunia bila diri mula senyap, kan?





