18 Ogos 2011, secara rasminya daku dilantik menggantikan Kak Sab yang berpindah ke Sarawak sebagai KP Pendidikan Seni Visual, jua setiausaha Unit Perpustakaan. Walaupun tidak begitu arif dengan dunia Seni Visual, apapun semoga segalanya berjalan dengan lancar.
Antara perkara yang berlegar-legar dalam fikiran ini:
Antara perkara yang berlegar-legar dalam fikiran ini:
- Mengalihkan alatan Seni Visual ke dalam almari simpanan baharu, kemas, labelkan barang & labelkan almari.
- Menyediakan buku pinjaman alatan Seni Visual utk atasi masalah kehilangan barang-barang seni.
- Kemaskini buku stok
- Mencari tapak baru untuk papan panitia seni
Biarlah setakat ni dulu rasanya. Semalam sempat jua survey dengan GPK1 perihal tugasku pada tahun depan, terutamanya soal menjadi guru kelas. Mudah-mudahan dapat kelas yang okay. Sederhana pun tak mengapa. Kalau kekal di kelas sekarang pun lagi baik... Tapi kebarangkalian untuk pindah kelas amatlah tinggi... Rasanya dapat kelas tu kot... hihihi *peace (^_^)V




