Cute Bow Tie Hearts Blinking Pink Pointer
Assalamualaikum

Jika kamu menghadapi dunia dengan jiwa yang lapang, kamu akan dapati duka yang semakin mengecil dan menyempit


Jalan Mujahadah
Bermulanya kalendar 2010 masihi, 1431 hijrah bermaksud daku kembali sibuk dengan pen dan kertas, dari 7 pagi ke 7 petang. 2010 yang bakal menjelma, mudah-mudahan dapatlah daku menguruskan masa sebaiknya, juga menghadiri majlis-majlis ilmu taman-taman syurga yang telah hampir setahun kutinggalkan. Semoga kesibukan bukanlah lagi alasan, ok As! Bangun bangun! (^v^) Semangat selalu!


Selepas Jun 2010, kebarangkalian untuk daku tidak lagi berada di semenanjung teramatlah tinggi. Pasrah dan redha walau di bumi mana ditetapkan.

"Barangsiapa berhijrah di jalan Allah,
nescaya mereka mendapati muka bumi ini tempat hijrah yang luas,
dan rezeki yang ba
nyak."


"Barangsiapa keluar dari rumah dengan maksud berhijrah kerana Allah dan Rasul~Nya, kemudian kematian menimpanya, maka sungguh, pahalanya telah tetap di sisi Allah. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang."

[an-Nisa: 100]


.:Jalan Mujahadah:.

Wirdani

Bermula langkah kali pertama

Ketika terbuka mata seluasnya
Menyusur terang gelap cahaya
Cabaran menanti di sana

Arah hidup perlu jelas
Berpandu arah tujunya
Berbekal keazaman yang
Tersemat di jiwa

Pahit manis suka duka
Adalah permainannya
Kejayaan menanti di sana

Jalan mujahadah itu
Berliku-liku haluannya
Terkadang terpaksalah
Melawan arusnya

Dengan ketabahan hati
Cerahlah jalan mengharungi
Cabaran kehidupan
Di alam remaja

Perlu teguh pendirian
Berteraskan kebenaran
Iman dan taqwa landasannya
Cinta Madinah

Kota Madinah sangat dekat dengan Rasulullah
Kota Madinah al-Munawwarah bermaksud kota yang
bercahaya (nama lamanya Yathrib), terletak di wilayah Hijaz, Saudi Arabia. Yathrib diasaskan oleh Yathrib bin Mahlaeil


Sebaik tiba di Yathrib, baginda Rasulullah mendirikan masjid pertama; Masjid Quba.


Masjidil Nabawi, juga dipanggil Masjid Nabi terletak di Madinah. Di sinilah jasad nabi kita disemadikan.
Di sini jualah terletaknya
rumah baginda Rasulullah SAW.

"Rasulullah itukan penyabar orangnya"


Hari panas ketika itu,
mentari mempunyai kisahnya sendiri,
dan langit masih penuh rahsia.

Hari panas ketika itu,
alam mempunyai ceritanya sendiri,
dan gurun masih penuh rahsia.

Nabi meminta bejana air,
diseluk ke air dan diusap wajahnya,
berkata tenang datangnya ajal dan rela.

Di pangkuan isteri kepalanya,
berkata ia sukar diterka,
dan tengah hari Rabiulawal tahun 11 hijrah,
Nabi yang mulia menghembus nafas akhirnya.

Hari panas ketika itu,
mentari mempunyai kisahnya sendiri,
dan langit masih penuh rahsia.

Hari panas ketika itu,
aduh Nabi sudah tiada...

al-Amin
A.Samad Said




.:Nasyid Anak Nabi Kita:.
Anak nabi kita ada 7 orang

3 lelaki 4 perempuan

Qasim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah,
Zainab, Ruqayyah,
Umi Kalthum







Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Kembali
 
Kembali
Munsyid : Far East
Wahai Tuhan yang Maha Pemurah
Terangilahku dengan nur iman-M
u
Hanya Engkau tempat aku berserah

Mohon maghfirah di dalam syahdu

Wahai Tuhan yang Maha Pengasih

Ampunilah segala dos
aku
Laksana buih di laut memutih
Hanyut ditelan gelombang nafsu
Hari-hari yang telah aku lalui
Ingin kutinggalkan terus bersem
adi
Ingin aku kembali kepada fitrah insani Tak sanggupku jelajahi rimba duniawi
Bebaskanlah diriku dari dibelenggu

Dosa noda na
fsu durjana

Terimalah taubatku Ya Allah

Pimpinlah daku ke jalan redha-Mu

Moga sinar-Mu terangi hidup
ku
Di dalam kegelapan

Akukan kembali pada-Mu Rabbi
Mengadap-Mu Ya Rabbul Izzati

Segala ketentuan kupasrahkan

Di hujung penghayatan





Kadangkala,

Dalam menelusuri kehidupan,
kita dihadapkan dengan pelbagai mehnah,
yang benar-benar menggoyah iman.


Suatu hari,
bila kita tersedar,
kita terlupa,
kita sedang diuji oleh Allah.


Kadangkala,
Bila kita cuba-cuba belajar lari dari Allah,
kita tahu,
hanya Allah tempat kembali.




Apa jawapan terbaik yang patut kuberikan kepada Mak Aa; orang kuat ABIM bila dia bertanya khabar sahabat-sahabatku. Mak Aa yang kuhormati, yang zuhud, tempat kumeng
adu segala rasa. Tempatku membaiki tadarus. Juga tempatku mencontohi lembut tuturnya.



-->"Aku adalah pengejar syurga akhirat. Bagiku, dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat. Aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih, kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.

Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja, syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.

Ke manapun, dan sampai bila-bilapun syurgaku selalu bersamaku."



Pena allahyarham Ustaz Asri
Jari Galilei

GALILEO GALILEI


Seorang pengumpul bahan seni telah menemui semula sebatang gigi dan 2 batang jari saintis Itali tersohor; Galileo Galilei yang meninggal dunia pada kurun ke-17. Demikian Muzium History of Science, Florence, Itali memberitahu baru-baru ini.

Anggota badan itu bersama-sama 1 lagi jari lain dan seruas tulang belakang Galilei sebenarnya telah dipotong oleh saintis dan ahli sejarah semasa upacara pengebumiannya yang berlangsung 95 tahun selepas kematiannya pada 1642.

Seorang pakar sains sejarah, Giovanni Targioni Tozzetti yang terlibat dengan pemotongan bahagian-bahagian tubuh itu pernah menulis tentang upacara pengebumian tersebut. Tozzetti mengakui bahawa beliau tidak tahan godaan untuk mengambil bahagian anggota tubuh seseorang yang amat genius.

Seruas tulang belakang dan sebatang jari lain telah disimpan dan dipulihara di muzium-muzium di Florence dan Pandua sejak 1737 lagi. Sebaliknya, bahagian tubuh seperti sebatang gigi dan 2 batang jari Galilei telah disimpan oleh seorang pengumpul. Ia telah diturunkan dari satu pengumpul kepada satu pengumpul yang lain sehinggalah ia hilang pada tahun 1905.

"Kesemua anggota tubuh daripada mayat Galilei telah dikenal pasti sekarang dan ia kini dijaga oleh tangan-tangan yang bertanggungjawab," kata muzium tersebut dalam satu kenyataan.

Anggota tubuh itu akan dipamerkan pada awal 2010 nanti, apabila muzium itu dibuka semula selepas kerja-kerja mengubah suai muzium itu selesai.



Galilei yang lahir di Pisa pada tahun 1564 disifatkan sebagai salah seorang bapa sains moden berikutan kajiannya dalam fizik, matematik dan astronomi. Kajiannya itu telah merintis kepada usaha membangunkan teleskop.

Jari dan giginya yang hilang itu telah dibeli oleh seorang pengumpul yang enggan dikenali dalam satu lelongan baru-baru ini. Ia telah dilelong sebagai satu artifak yang tidak beridentiti dalam satu kotak kayu kurun ke-17. Daripada lelongan itulah telah membawa kepada penemuannya semula.

Galilei tidak dikebumikan selama 95 tahun kerana pihak berkuasa semasa beliau meninggal dunia enggan membenarkan tubuh Galilei ditanam di bumi. Mereka beranggapan ajarannya bertentangan dengan Gereja Katolik.
Labels |
Makanan


(^v^)!


Kalau memilih makanan,
jangan lupa pastikan status


halal haramnya
, ya.

Labels |
Setia Menanti












Setia Seorang Isteri
Munsyid : Wildan

Di sebalik redup matamu
Tersimpan satu rahsia
Yang terbuku ruang hatimu

Di balik senyumanmu
Tersirat simpulan
Deritanya hanya kau yang tahu

Kau setia menanti
Kau setia mengharungi

Biarpun ribut bad
ai melanda
Kau teguh berdiri
Walau deru angin menderu

Kau tetap di sisi

Setiamu kuhargai
Kaulah isteri yang kusanjungi

Kerana kaulah bidadari

Permata di sanubari


Ku doakan agar kau kan bahagia
Ku doakan agar tiada lagi derita

Moga Tuhan kan merahmatimu
Di syurga yang selayaknya
Untuk seorang isteri yang setia
Labels |
Musafir di Perjalanan
"Kehidupan di dunia ibarat musafir yang sedang dalam perjalanan, lalu berehat di bawah sepohon pokok untuk melepaskan lelah dan berehat sebentar, sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi yang dituju."


Alhamdulillah, syukur ya Allah kerana kami telah selamat menghabiskan semester pertama. Ternyata, menuntut ilmu bukanlah sesuatu yang mudah. Kata guru Matematikku- 'Akar ilmu pahit, buahnya lazat.' Sekarang, ia menjadi benar-benar pahit, ya cikgu!

Berpeluang buat PBS di sekolah lama. Seronok, walau pada awalnya terasa janggal. Setiap hari dapat relief kelas. Syukur kerana mendapat tempat berteduh yang baik di persinggahan ini. Syukur.

GPK 1; Cikgu Othman begitu baik hati.
Juga cikgu-cikgu lain. Juga ustazah. Juga Cikgu Fauzi; guru muda yang kukagumi, yang selalu berlari-lari mengangkat telefon bila tiada orang di pejabat. Juga 5 Ibnu Sina yang sangat rajin . Suraya, Akmal, dan Shafiq yang nakal. Juga Izzat yang pemalu *peace* (^V^)V Rindu kat semua...



Biarpun pertemuan ini hanya sekejap, PBS menjadi sebahagian daripada kenang-kenangan indah dalam hidup ini. Terima kasih, Tuhan! Terima kasih, semua!


Nyalakan Tekad


Nyalakan azam membumbung

Padukan tekad nan waja

Songsongi ombak bergulung

Menuju ke pulau cita


Setitik jadikan laut
Sekepal jadikan gunung

Namamu kelak disebut

Jasamu kelak disanjung


Nyalakan tekad dihujung cita

Sama muafakat ke puncak jaya

Sembah setia sepenuh jiwa

Untuk nusa dan negara

Kan megah langit dijunjung

Rela bumi nan dipijak
Kan megah ibu mengandung
Putra puterinya berjasa

  • Moon Phase

    229250skrgjfpbac.gif
    CINTA MADINAH

    Kembali kita berjauhan
    Salam terpisah
    Senyum tertahan
    Rindu berbuah
    Sayangnya merendang

    Jauh begini hati teruji
    Cinta Madinah dalam lembayung
    Dalam terlarang
    Tersinar yang agung
    Bertopang cinta padamu
    nabi

    Di bumi Madinah
    Menjadi saksi
    Cinta Madinah mekar berseri
    Sinaran malar terik mentari
    Dijurai dingin malam
    Terukir setiamu

    Kunjungan rindu
    Mengatur alam rindu
    Cinta Madinah menyebar harum
    Menyebar semarak dalam kasih yang subur
    Semarak dalam kasih C
    inta Madinah

    Bloglist
    Ya Robbana...
    Perjalanan ini jauh,
    Terkadang tersungkur,
    Sendiri sendirian.
    Ya Robbana...
    Perjalanan ini penuh mehnah,
    Terkadang terlupa,
    Melupakan.
    Ya Robbana...
    Begitu indah dunia~Mu,
    Terkadang tidak tahu mana harus dituju.
    Dalam gelak, tawa, sorak,
    Kehilangan mencari~Mu.
    Ya Robbana...
    Takdir~Mu yang satu,
    Dalam redha dan harap,
    Kuberserah hanya kepada~Mu,
    Allahu Robbi.
    ~CikguHas~
    Madinah
    2009


  • Hiking
    Blog Archieve