"Kehidupan di dunia ibarat musafir yang sedang dalam perjalanan, lalu berehat di bawah sepohon pokok untuk melepaskan lelah dan berehat sebentar, sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi yang dituju."

Alhamdulillah, syukur ya Allah kerana kami telah selamat menghabiskan semester pertama. Ternyata, menuntut ilmu bukanlah sesuatu yang mudah. Kata guru Matematikku- 'Akar ilmu pahit, buahnya lazat.' Sekarang, ia menjadi benar-benar pahit, ya cikgu!
Berpeluang buat PBS di sekolah lama. Seronok, walau pada awalnya terasa janggal. Setiap hari dapat relief kelas. Syukur kerana mendapat tempat berteduh yang baik di persinggahan ini. Syukur.
GPK 1; Cikgu Othman begitu baik hati. Juga cikgu-cikgu lain. Juga ustazah. Juga Cikgu Fauzi; guru muda yang kukagumi, yang selalu berlari-lari mengangkat telefon bila tiada orang di pejabat. Juga 5 Ibnu Sina yang sangat rajin . Suraya, Akmal, dan Shafiq yang nakal. Juga Izzat yang pemalu *peace* (^V^)V Rindu kat semua...

Biarpun pertemuan ini hanya sekejap, PBS menjadi sebahagian daripada kenang-kenangan indah dalam hidup ini. Terima kasih, Tuhan! Terima kasih, semua!
Nyalakan Tekad
Nyalakan azam membumbung
Padukan tekad nan waja
Songsongi ombak bergulung
Menuju ke pulau cita
Setitik jadikan laut
Sekepal jadikan gunung
Namamu kelak disebut
Jasamu kelak disanjung
Nyalakan tekad dihujung cita
Sama muafakat ke puncak jaya
Sembah setia sepenuh jiwa
Untuk nusa dan negara
Kan megah langit dijunjung
Rela bumi nan dipijak
Kan megah ibu mengandung
Putra puterinya berjasa