Bermulanya kalendar 2010 masihi, 1431 hijrah bermaksud daku kembali sibuk dengan pen dan kertas, dari 7 pagi ke 7 petang. 2010 yang bakal menjelma, mudah-mudahan dapatlah daku menguruskan masa sebaiknya, juga menghadiri majlis-majlis ilmu taman-taman syurga yang telah hampir setahun kutinggalkan. Semoga kesibukan bukanlah lagi alasan, ok As! Bangun bangun! (^v^) Semangat selalu!
Selepas Jun 2010, kebarangkalian untuk daku tidak lagi berada di semenanjung teramatlah tinggi. Pasrah dan redha walau di bumi mana ditetapkan.
"Barangsiapa berhijrah di jalan Allah,
nescaya mereka mendapati muka bumi ini tempat hijrah yang luas, dan rezeki yang banyak."

"Barangsiapa keluar dari rumah dengan maksud berhijrah kerana Allah dan Rasul~Nya, kemudian kematian menimpanya, maka sungguh, pahalanya telah tetap di sisi Allah. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang."
[an-Nisa: 100]

.:Jalan Mujahadah:.
Wirdani
Bermula langkah kali pertama
Ketika terbuka mata seluasnya
Menyusur terang gelap cahaya
Cabaran menanti di sana
Arah hidup perlu jelas
Berpandu arah tujunya
Berbekal keazaman yang
Tersemat di jiwa
Pahit manis suka duka
Adalah permainannya
Kejayaan menanti di sana
Jalan mujahadah itu
Berliku-liku haluannya
Terkadang terpaksalah
Melawan arusnya
Dengan ketabahan hati
Cerahlah jalan mengharungi
Cabaran kehidupan
Di alam remaja
Perlu teguh pendirian
Berteraskan kebenaran
Iman dan taqwa landasannya
"Barangsiapa berhijrah di jalan Allah,
nescaya mereka mendapati muka bumi ini tempat hijrah yang luas, dan rezeki yang banyak."

"Barangsiapa keluar dari rumah dengan maksud berhijrah kerana Allah dan Rasul~Nya, kemudian kematian menimpanya, maka sungguh, pahalanya telah tetap di sisi Allah. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang."
[an-Nisa: 100]

.:Jalan Mujahadah:.
Wirdani
Bermula langkah kali pertama
Ketika terbuka mata seluasnya
Menyusur terang gelap cahaya
Cabaran menanti di sana
Arah hidup perlu jelas
Berpandu arah tujunya
Berbekal keazaman yang
Tersemat di jiwa
Pahit manis suka duka
Adalah permainannya
Kejayaan menanti di sana
Jalan mujahadah itu
Berliku-liku haluannya
Terkadang terpaksalah
Melawan arusnya
Dengan ketabahan hati
Cerahlah jalan mengharungi
Cabaran kehidupan
Di alam remaja
Perlu teguh pendirian
Berteraskan kebenaran
Iman dan taqwa landasannya





