Cute Bow Tie Hearts Blinking Pink Pointer
Assalamualaikum

Jika kamu menghadapi dunia dengan jiwa yang lapang, kamu akan dapati duka yang semakin mengecil dan menyempit


Jari Galilei

GALILEO GALILEI


Seorang pengumpul bahan seni telah menemui semula sebatang gigi dan 2 batang jari saintis Itali tersohor; Galileo Galilei yang meninggal dunia pada kurun ke-17. Demikian Muzium History of Science, Florence, Itali memberitahu baru-baru ini.

Anggota badan itu bersama-sama 1 lagi jari lain dan seruas tulang belakang Galilei sebenarnya telah dipotong oleh saintis dan ahli sejarah semasa upacara pengebumiannya yang berlangsung 95 tahun selepas kematiannya pada 1642.

Seorang pakar sains sejarah, Giovanni Targioni Tozzetti yang terlibat dengan pemotongan bahagian-bahagian tubuh itu pernah menulis tentang upacara pengebumian tersebut. Tozzetti mengakui bahawa beliau tidak tahan godaan untuk mengambil bahagian anggota tubuh seseorang yang amat genius.

Seruas tulang belakang dan sebatang jari lain telah disimpan dan dipulihara di muzium-muzium di Florence dan Pandua sejak 1737 lagi. Sebaliknya, bahagian tubuh seperti sebatang gigi dan 2 batang jari Galilei telah disimpan oleh seorang pengumpul. Ia telah diturunkan dari satu pengumpul kepada satu pengumpul yang lain sehinggalah ia hilang pada tahun 1905.

"Kesemua anggota tubuh daripada mayat Galilei telah dikenal pasti sekarang dan ia kini dijaga oleh tangan-tangan yang bertanggungjawab," kata muzium tersebut dalam satu kenyataan.

Anggota tubuh itu akan dipamerkan pada awal 2010 nanti, apabila muzium itu dibuka semula selepas kerja-kerja mengubah suai muzium itu selesai.



Galilei yang lahir di Pisa pada tahun 1564 disifatkan sebagai salah seorang bapa sains moden berikutan kajiannya dalam fizik, matematik dan astronomi. Kajiannya itu telah merintis kepada usaha membangunkan teleskop.

Jari dan giginya yang hilang itu telah dibeli oleh seorang pengumpul yang enggan dikenali dalam satu lelongan baru-baru ini. Ia telah dilelong sebagai satu artifak yang tidak beridentiti dalam satu kotak kayu kurun ke-17. Daripada lelongan itulah telah membawa kepada penemuannya semula.

Galilei tidak dikebumikan selama 95 tahun kerana pihak berkuasa semasa beliau meninggal dunia enggan membenarkan tubuh Galilei ditanam di bumi. Mereka beranggapan ajarannya bertentangan dengan Gereja Katolik.
Labels
  • Moon Phase

    229250skrgjfpbac.gif
    CINTA MADINAH

    Kembali kita berjauhan
    Salam terpisah
    Senyum tertahan
    Rindu berbuah
    Sayangnya merendang

    Jauh begini hati teruji
    Cinta Madinah dalam lembayung
    Dalam terlarang
    Tersinar yang agung
    Bertopang cinta padamu
    nabi

    Di bumi Madinah
    Menjadi saksi
    Cinta Madinah mekar berseri
    Sinaran malar terik mentari
    Dijurai dingin malam
    Terukir setiamu

    Kunjungan rindu
    Mengatur alam rindu
    Cinta Madinah menyebar harum
    Menyebar semarak dalam kasih yang subur
    Semarak dalam kasih C
    inta Madinah

    Bloglist
    Ya Robbana...
    Perjalanan ini jauh,
    Terkadang tersungkur,
    Sendiri sendirian.
    Ya Robbana...
    Perjalanan ini penuh mehnah,
    Terkadang terlupa,
    Melupakan.
    Ya Robbana...
    Begitu indah dunia~Mu,
    Terkadang tidak tahu mana harus dituju.
    Dalam gelak, tawa, sorak,
    Kehilangan mencari~Mu.
    Ya Robbana...
    Takdir~Mu yang satu,
    Dalam redha dan harap,
    Kuberserah hanya kepada~Mu,
    Allahu Robbi.
    ~CikguHas~
    Madinah
    2009


  • Hiking
    Blog Archieve