Cute Bow Tie Hearts Blinking Pink Pointer
Assalamualaikum

Jika kamu menghadapi dunia dengan jiwa yang lapang, kamu akan dapati duka yang semakin mengecil dan menyempit


Kemalangan Kecil


Kemalangan ini satu rahmat. Kepala masih pening, badan masih sengal-sengal, pinggang mula terasa sakit akibat hentakan. Tapi sesungguhnya kemalangan ini satu rahmat. Terasa betapa daku tidak mempunyai masa yang begitu banyak untuk menyayangi semua orang dengan baik.



Benar kata-katanya semasa sepanjang perjalanan ke Chini tempoh hari. Kita tidak tahu perkara yang akan berlaku pada masa hadapan. Adakah dengan memilih tindakan yang menyebabkan hati sendiri terluka, bermakna itulah Qada dan Qadar Tuhan?

Alangkah ...


|
Ana

EKSPEDISI menjelajah bumi Allah untuk kali kedua, seminggu selepas pengembaraan ke Chini. Encik Is dengan senang hati menguruskan surat yang kufaks dari sekolah. Alhamdulillah, segala urusan berkaitan konvokesyen telahpun kuselesaikan dengan cara tersendiri... hehe

Sangat-sangat merindui Kuala Lumpur, lebih-lebih lagi Bukit Angkasa dan Maktab Perguruan Lembah Pantai, juga bumi Serdang, Selangor; tempat di mana daku belajar segala perkara, baik yang berkaitan ilmu pendidikan, ilmu agama, mahupun ilmu persahabatan yang tiada ternilai.

Kemudian, dari Kuala Lumpur, kami meneruskan perjalanan ke bahagian utara. Kali ini ke Sitiawan dan Lumut. Perjalanan beribu batu, hanya air mata yang menjawabnya tatkala kali pertama bersua muka dengan Ana, sahabat semaktab yang menunggu hari untuk bersalin.


Selepas posting, hampir setahun kami tidak bertemu. Di mata saya, Ana hamba Allah yang dikurniakan akal fikiran yang cerdik, efisyen semasa membuat kerja, selalu menjadi ketua, garang, dan tidak takut satu apapun. Tapi dalam masa yang sama, dia selalu menangis..
Sitiawan; Lumut tempat peranginan yang sangat menarik. Dekat benar dengan muara, laut dan pulau (Pangkor). Sesuai benar untuk aktiviti melancong, bercuti, hiking dan memancing ikan. Menghabiskan Jumaat, Sabtu dan Ahad di rumah Ana membuatkan daku seolah-olah berada di rumah sendiri, kerana mereka menuturkan loghat utara.



Terima kasih Ana, Encik Is dan keluarga (",)
|
Pergi Jauh-jauh


Ya Allah... Kenapa Rasa Sedih Sangat
|
Catatan Pengembaraan Sehelai Sepinggang di Tasik Chini, Pahang

 17 Sept 2011
Catatan Perjalanan ke Tasik Chini

Mengambil kesempatan cuti yang sedikit ini mengembara ke Tasik Chini. Tanpa apa-apa persiapan, kami memulakan perjalanan sekitar 11 pagi, sehelai sepinggang, dengan hanya berbekalkan semangat ingin tahu, jua berbekalkan wang seratus ringgit.


Sebetulnya, kami mengembara tanpa apa-apa persediaan. Perjalanan dari Negeri Sembilan memakan masa sekitar 3 jam lebih untuk ke Chini. Terasa jauh benarnya, kerana tidak tahu jalan pintas. 

Hati mula terasa tidak sedap bila terpaksa melalui jalan-jalan sunyi sebaik melepasi Felda Chini 4, 1 dan 2. Jalannya hanya muat-muat untuk dua buah kenderaan berselisih. Hanya bukit-bukau menghijau, kebun getah dan ladang sawit menemankan kami sepanjang perjalanan menjelajah bumi Allah.

Namun akhirnya... alhamdulillah, terasa lega bila tiba di Tasik Chini. Ramai pula pengunjung! Terlalu gembira dan puas bila dapat menjejakkan kaki di tanah lagenda negeri Pahang ini.Chini Lake menyediakan pelbagai kemudahan, misalnya surau, tempat makan, gerai kraftangan, resort, sewa bot, kayak dan pelbagai kemudahan seperti tasik-tasik yang lain.


Kami sempat menjelajah 12 tasik yang terdapat di sini dengan bayaran sewa RM70 untuk sebuah bot, selama 1 jam. Bayaran paling murah, RM60 untuk 6 tasik, selama setengah jam. Agak berbaloikah beza RM10 untuk 6 tasik dan setengah jam? Justeru, pada hari tersebut, RM70 melayang demi mencari ilmu dan pengalaman.




Memandang bot-bot yang tersusun berbaris di tepi tasik, jua deretan kayak-kayak, menyorot kembali fikiran saya kepada pengalaman berkayak bersama teman seuniversiti. Sungguh! Kayak kami berpusing 360 darjah! Hahaha.

Maka kerana itu, lima minit pertama menaiki bot, aku menjerit sekuat hati... Mesti pening kepala pak cik tu.. hahaha.  Padahal pak cik yang mengemudi bot di Tasik Chini tersebut sudah cukup arif dan cekap mengadap tugas hariannya. Jua bukannya kami tidak dibekalkan dengan jaket keselamatan! ^-^


Perasaan lega mula hilang bila pak cik mengangukkan kepalanya apabila ditanya tentang buaya Tasik Chini. Huhu.. Dan pak cik tersebut tiba-tiba sahaja membelah lalang (apa ye nama tumbuhan ni) yang terapung di tengah tasik.


Sahabatku dengan penuh jujur bertanya,


"Pak cik, kita hendak lalu ikut lalang ni ke?"


Pak cik tersebut mengangguk-anggukkan kepalanya. Aku sudah beristighfar panjang. Bot yang besar terasa mula mengecut dan mengecil. Selang beberapa saat, pak cik tersebut mengarahkan kami memandang ke arah kanan bot. Sebaik kepala dan mata kami diarahkan ke sebelah kanan, sekuntum bunga teratai merah jambu terapung betul-betul bersebelahan dengan bot yang kami naiki.




Masyarakat Orang Asli Negeri Pahang.


Sejujurnya, inilah pengalaman pertama saya dan sahabat melihat secara terus kehidupan masyarakat asli negara kita. Maha suci Allah yang telah menjadikan kita berbangsa-bangsa, untuk saling mengenali. Betapa selama ini daku hanya pasif mengadap pen, kertas dan peperiksaan.




Nah apabila diberi ruang dan peluang menjelajah, terasa kurangnya ilmu alam dalam diri ini, terasa bersyukurnya diberi nikmat tempat tinggal, wang ringgit, pekerjaan, kenderaan, makanan, dan nikmat-nikmat lain yang tidak tersebut untuk disebutkan, dan tidak tertulis untuk dituliskan.

Kawanku sudah berbahasa basi dengan anak Orang Asli tersebut, seolah-olah berbahasa isyarat pun ada... Puas kami berbahasa isyarat, budak itu dengan fasihnya menjawab dalam bahasa Malaysia... Hahaha adoi.


Kesimpulan dariku yang cetek ilmu kehidupan ini, masyarakat Orang Asli menuturkan bahasanya yang tersendiri, kerana telingaku dapat menangkap bunyi bahasa mereka. Selain itu, mereka jua fasih berbahasa kebangsaan.

Terdapat sekitar 5 hingga 6 buah rumah di sini. Di kawasan petempatan lain, daku tidak dapat mempastikannya... Rumah mereka sungguh comel! Diperbuat daripada papan dan ditampal dengan plastik. Bilik air di atas rumah papan ini benar-benar mengingatkanku akan rumah peninggalan arwah datuk di Alor Setar. Rumah tumpah darahku...





Anak-anak Orang Asli yang pada mulanya agak malu-malu, terus menjadi peramah bila ditanya pelbagai soalan. Mungkin mereka telah biasa menerima kunjungan pelancong dan pengunjung. Kami sempat menghampiri sekumpulan adik-beradik anak-anak Orang Asli yang kusyuk menikmati makanan di bahagian dapur rumah. Mereka dengan berseleranya menikmati maggi yang sudah direnyukkan seperti mamee monster, berulamkan petai. Sedap tu!

Apapun, saya berasa sangat seronok dan terhibur. Mungkin kerana jauh dari hingar-bingar kota dan desa. Jua jauh dari buku dan alat tulis... Pasti kan ke sini lagi.


Catatan:
Anak-anak millenium, jangan ditanya mengapa gambar blur.  Masa ni handset tidak begitu canggih.  Tiada smartphone lagi.

|
Saya

JUMAAT

Masih di makmal komputer sekolah, menaip nama murid tahun 1 KSSR untuk sistem baharu SPPBS, di kala semua orang telah selamat bercuti.. Sekitar pukul 2 nanti, daku akan keluar dengan Cikgu Azmi dan dua orang murid lagi, mencari KFC...

Semoga majlis kecil-kecilan petang ini akan membahagiakan Nabila Syahirah, Nabila, Wani, Maisarah, Fatimah dan Ameza (",) Semoga besar nanti kan menjadi anak yang solehah, berbakti untuk agama, bangsa dan negara.. Semangat semangat! ^-^


~soooo  ~
-_-
|
  • Moon Phase

    229250skrgjfpbac.gif
    CINTA MADINAH

    Kembali kita berjauhan
    Salam terpisah
    Senyum tertahan
    Rindu berbuah
    Sayangnya merendang

    Jauh begini hati teruji
    Cinta Madinah dalam lembayung
    Dalam terlarang
    Tersinar yang agung
    Bertopang cinta padamu
    nabi

    Di bumi Madinah
    Menjadi saksi
    Cinta Madinah mekar berseri
    Sinaran malar terik mentari
    Dijurai dingin malam
    Terukir setiamu

    Kunjungan rindu
    Mengatur alam rindu
    Cinta Madinah menyebar harum
    Menyebar semarak dalam kasih yang subur
    Semarak dalam kasih C
    inta Madinah

    Bloglist
    Ya Robbana...
    Perjalanan ini jauh,
    Terkadang tersungkur,
    Sendiri sendirian.
    Ya Robbana...
    Perjalanan ini penuh mehnah,
    Terkadang terlupa,
    Melupakan.
    Ya Robbana...
    Begitu indah dunia~Mu,
    Terkadang tidak tahu mana harus dituju.
    Dalam gelak, tawa, sorak,
    Kehilangan mencari~Mu.
    Ya Robbana...
    Takdir~Mu yang satu,
    Dalam redha dan harap,
    Kuberserah hanya kepada~Mu,
    Allahu Robbi.
    ~CikguHas~
    Madinah
    2009


  • Hiking
    Blog Archieve