HARI INI; 07 Jun 2011 (Selasa), celcom broadband saya telah berfungsi semula. Broadband ini pernah diterminate sejak saya tamat belajar di maktab perguruan tahun lalu. Ia antara salah satu sebab mengapa blog ini agak tidak terurus walaupun kadangkala ia menerima kunjungan tetamu. Maaf... Walaupun tak kenal, tapi selamat datang & 'bersiar-siar' di blog yang tidak seberapa ini (^_^)!
Memandangkan pada musim cuti persekolahan ini saya masih belum bercuti, dan banyak perkara yang perlu dilakukan, termasuklah tugas sebagai setiausaha ii peperiksaan, maka saya mengambil kata putus untuk menyambung langganan broadband, dengan harapan saya tidaklah menjadi terlalu ketagih kepada dunia siber. Lepas ni mahu buat timetable waktu-waktu untuk online. Harap-harap istiqomah selalu (:
Beberapa bulan lagi, genaplah satu tahun perkhidmatan saya dalam dunia pendidikan. Begitu masa berlalu. Meninggalkan zaman-zaman manis bergelar pelajar universiti, juga dunia persekolahan yang menyimpan seribu satu cerita suka dan duka.
Begitulah agaknya kehidupan. Mahu atau tidak, masa terus beredar. Zaman berlalu. Itulah hakikat yang wajib dilalui. Pada penghujungnya, janji Allah menanti – syurga atau neraka. Hanya ini pilihannya.
Namun, dalam meraih syurga dan redha Allah…
…ia seolah sebegitu sukar…
Apapun, saya sangat menyukai semua orang di sekolah. Guru-guru, dan murid-muridnya. Belajar menerima segala kekurangan dan kelebihan sekolah sendiri seadanya.
sekolahku






