Sekarang sedang belajar memandu, biarpun agak fobia dengan kenderaan. Mudah-mudahan selepas ini akan lebih bijak berdikari.
Maaflah jika seteguhkarangblog tidak dapat dikesan selama beberapa ketika(^__^)!
Dan alhamdulillah, telah merasai nikmat rezeki pertama dari Allah pada 28 November 2010. Separuh daripadanya telah selamat diuruskan. Dan kerana nikmat rezeki ini jua dapatlah daku tunaikan impian dan pengharapan yang sekian lama tertunda.

Untuk pertama kalinya dalam seumur hidup, daku suarakan hasrat kepada ayah untuk membuka akaun TH. Masih belum terlewat rite… (^^,) O Tuhan… selangkah lagi hijrah ini! Kalau boleh kutoleh melihat masa lalu, tentu masih berbekas lagi langkah ini. Tersusun lurus, dan bengkang-bengkok mencari-Mu :’)
Dan sekarang… hanya tinggal netbook – dan MyIman
Sabar ya (^v^)!

Pesan Kak Nura; ‘jika mahu memilih, pilihlah yang punya fikrah pada agama.’ Terima kasih atas nasihatnya, kak.
TERIMA KASIH Tuhan, untuk bumi terbaik Kau berikan. Biar tidak seindah yang diimpi, sekurang-kurangnya dalam hati masih ada harapan dan doa. Moga suatu masa, Kau tempatkan aku di bumi-Mu yang paling baik untukku membesarkan keluarga. Indah seperti di Masjid Nabi, atau di masjid universiti. Ameen ya Allah :)

Sebelum bermula tugas Januari ini, harap dapat beli netbook untuk memudahkan urusan menaip. Juga berjumpa dengan Ana di Kuala Lumpur, ‘kakak’ tersayang di Selangor, dan cikgu-cikgu Taski. As datang ni…(^_^)! *hehehe ~~,
Oh! Ini dia sekali lagi post video yang sangat touching
Salam Maal Hijrah 1432





