Terasa ingin menukilkan sedikit perasaan ini sebelum hari, minggu, bulan dan tahun yang sibuk bermula. Tidak dapat diri ini meneka perkara yang bakal ditempuhi sepanjang 2012. Ya Tuhan, sedikit lagi usia ini berbaki.

Perkara pasti, hati ini begitu berat untuk memulakan hari pertama bekerja. Bukan kerana malas. Malah, sepanjang setahun berlalu, jarang-jarang rasanya pulang pukul 1.30 petang. Selalunya pukul 6.00 petang baru merehatkan diri di rumah. Sebelah malam, menyambung kerja-kerja yang terbengkalai.
2012 ini, cabaran paling utama yang harus saya tempuhi sebaik mungkin ialah hal tukar opsyen.
2012 ini, cabaran paling utama yang harus saya tempuhi sebaik mungkin ialah hal tukar opsyen.
Cabaran kedua, masih diberi kepercayaan oleh Guru Penolong Kanan 1 untuk menguruskan hal-hal peperiksaan sekolah. Namun, opsyen baharu ini menyebabkan jam mengajar saya meningkat hampir 2 kali ganda daripada selalu.




